Input your search keywords and press Enter.

Khat Dan Tulisan Jawi Adalah Seni, Tiada Kaitan Agama – TPM

M Update, 6/8/2019 – Khat dan tulisan Jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengambil maklum keresahan sesetengah pihak terutama masyarakat Tionghua berhubung keputusan kerajaan memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat menjelang tahun depan.

“Memang saya ambil maklum dan akan bincang secara mendalam dengan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) walaupun beliau sudah keluarkan kenyataan. Kita ambil maklum keresahan masyarakat Tionghua dalam isu ini tetapi ini (khat dan tulisan Jawi) adalah seni, bukan agama,” katanya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal. Kerajaan tidak pernah menghalang kaum lain mengamalkan penulisan bahasa ibunda masing-masing, yang menjadikan negara ini istimewa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *