Input your search keywords and press Enter.

Jangkaan 500 Kes Sehari Menjelang Awal Mei – Dr Adham

M Update, 15/03/2021 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan negara bakal mencapai kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught COVID-19 kurang 1.0 menjelang Mei depan.

Perkara itu dilihat berdasarkan trend penurunan kes mengikut negeri yang dicapai setakat hari ini. Bagaimanapun pencapaian ini bergantung kepada kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam kalangan rakyat. Berdasarkan penelitian kes menunjukkan kadar Rt berada pada paras 0.87 berbanding 0.9 pada dua minggu lalu dan kejayaan ini dicapai berdasarkan SOP yang ditetapkan kerajaan.

Data ini melihat trend penurunan kekal dan jika rakyat terus patuh kepada SOP, kita jangkakan kes akan berada dalam lingkungan 500 sehari menjelang Mei depan,” katanya dalam sidang media mingguan Perkembangan Program Imuniasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini, pada Isnin. – Datuk Seri Dr Adham Baba