Input your search keywords and press Enter.

Penutupan siaran TV analog secara berperingkat bermula petang ini

Foto Bernama

M-Update ~ Hari ini tanggal 6 Ogos 2019 negara Malaysia akan melakar sejarah apabila pengumuman penutupan TV Analog akan dilakukan secara berperingkat bermula petang ini.

Penutupan ini akan membolehkan para pengguna beralih ke siaran TV digital MyFreeView.

Pengumuman bersejarah akan dilakukan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, dalam satu majlis di Kompleks Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Daerah Langkawi petang ini.

Terma Analogue Switch Off (ASO) merujuk kepada penutupan siaran TV, yang ditawarkan secara percuma kepada rakyat oleh RTM sejak 1963 dan oleh TV3 sejak 1984, menggunakan teknologi lama (analog).

Pengguna di Langkawi mula beralih ke siaran TV digital sejak 21 Julai lalu, selepas pemancaran TV analog dari Gunung Raya, di sini ditutup dan digantikan dengan pemancaran TV digital myFreeview yang boleh memberi liputan siaran TV digital, dengan kualiti siaran yang lebih baik.

Ini kerana Langkawi telah mempunyai ekosistem TV digital yang mantap, di mana liputan siaran TV Digital adalah menyeluruh, di samping penyelesaian pengagihan dekoder percuma kepada isi rumah Bantuan Sara Hidup (BSH).

Malaysia merupakan negara ketiga di rantau ASEAN yang akan menjalankan penutupan siaran TV analog selepas Brunei serta Singapura, yang telah menutup siaran TV analog mereka sepenuhnya dan bersiaran TV Digital masing-masing pada 31 Dis 2017 dan 1 Jan 2019

Leave a Reply