Input your search keywords and press Enter.

Enam Premis Hiburan Ditutup – DBKL

M Update, 9/8/2019 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup enam premis hiburan kerana tiada lesen perniagaan dan lesen hiburan tidak sah dalam satu operasi Selasa lalu.

Tindakan khas premis itu dilaksanakan di beberapa kawasan hotspot seperti Sri Petaling, Taman Maluri dan Jalan Klang Lama.

Tindakan yang dilaksanakan secara berkala itu mensasarkan premis hiburan, premis perniagaan dan restoran yang melanggar peraturan.

Pemeriksaan terhadap 10 premis mendapati tujuh daripadanya tidak memiliki lesen perniagaan dan lesen hiburan sah.

Kegagalan mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang dan penguatkuasaan.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *