Input your search keywords and press Enter.

Rogol Dan Bunuh Nenek 89 Tahun

M Update, 09/08/2019 – Seorang lelaki didakwa atas tuduhan merogol dan membunuh seorang nenek berusia 89 tahun selepas menceroboh rumah mangsa di utara London pada Ahad lalu.

Daily Mirror melaporkan, Reece Dempster, 22, didakwa di mahkamah semalam dan dikenakan perintah reman.

Dia juga didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual dan pecah rumah.

Mayat Dorothy Woolmer, 89, ditemui mati oleh polis pada jam 10.45 pagi (waktu tempatan) pada Ahad lalu di rumahnya di utara London.

Ketua penyiasat, Garry Moncrieff berkata, daripada hasil siasatan polis menahan Dempster pada jam 6 petang (waktu tempatan) pada Isnin lalu kerana disyaki membunuh Dorothy.

“Suspek didakwa atas beberapa kesalahan yang sangat serius.

“Siasatan kes ini masih lagi berjalan dan kami masih lagi mengumpul bukti serta keterangan daripada saksi,” katanya.

Sementara itu, keluarga Dorothy memberitahu, mereka masih terkejut dan sangat sedih dengan kematian wanita itu.

“Dorothy suka berbual dengan kami dan dia mampu melakukan apa sahaja walaupun sudah berusia 89 tahun.

“Dia masih gagah dan setiap hari memasak untuk dirinya serta mampu berjalan turun naik tangga di rumahnya,” katanya.

Leave a Reply