Input your search keywords and press Enter.

Minyak Sawit : Malaysia Patuhi Standart Kelestarian

M Update, 23/8/2019 – Dakwaan mengaitkan minyak sawit dengan penebangan hutan adalah tidak berasas sama sekali, tidak adil dan tiada justifikasi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Malaysia telah dituduh meletakkan keperluan kepada pembangunan di hadapan keperluan untuk menjaga hutan dan isu penebangan hutan untuk penghasilan minyak sawit adalah isu yang seringkali diperjuangkan oleh para pengkritik kita,” kata beliau.

Beliau berkata dakwaan-dakwaan itu memberi impak negatif kepada Malaysia yang sangat bergantung kepada minyak sawit untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat untuk membolehkan Malaysia mencapai Matlamat-matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Ia juga mempunyai kesan buruk yang besar kepada pengusaha tanaman kelapa sawit termasuk 650,000 pekebun kecil selain seramai 1.5 juta orang lagi yang bekerja dalam rantaian bekalan minyak sawit.

Hakikatnya ialah industri minyak sawit di Malaysia telah dibangunkan secara mampan dan bertanggungjawab … kerajaan, dalam mematuhi SDG telah melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan industri itu tidak menyebabkan kemerosotan alam sekitar selain mengelakkan amalan-amalan yang tidak mampan seperti kemusnahan hutan dan habitat hidupan liar,” katanya semasa berucap merasmikan pameran ‘Hutan Kita’ di Menara Kuala Lumpur di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply