Input your search keywords and press Enter.

Penyertaan ATM Pada Hari Kebangsaan 2019 Signifikan

M Update, 28/8/2019 – Penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada tahun ini menjadi lebih signifikan ketika cabang pertahanan negara itu disinggung.

Sebanyak 3,919 pegawai dan anggota ATM serta 126 aset pertahanan terlibat dalam acara kemuncak Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Kontinjen ATM di acara itu akan membolehkan rakyat melihat dan menilai kesiapsiagaan pasukan itu dalam mempertahankan negara.

Dengan penglibatan ATM bersama aset pertahanan yang serba canggih, ia akan menaikkan imej pasukan sekaligus memberi keyakinan kepada rakyat dan kerajaan kemampuan pasukan dalam pertahanan negara.

Antara aset ATM yang akan dipamerkan ialah empat Rapid Ranger iaitu sistem peluru berpandu jarak dekat (VSHORAD), yang merupakan antara aset terkini dimiliki ATM.

Turut mengambil bahagian ialah pesawat pejuang ATM iaitu Sukhoi SU-30MKM dan Hornet FA-18D.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *