Input your search keywords and press Enter.

Tubuh Dan Wajah Dipenuhi Bulu

M Update, 28/08/2019 – Seramai 16 kanak-kanak di Sepanyol mengalami keadaan tidak normal apabila dipenuhi bulu di seluruh tubuh dan wajah yang dipercayai berpunca daripada pengambilan susu formula tercemar.

Daily Mail melaporkan, keadaan yang dikenali sebagai hypertrichosis atau ‘sindrom serigala jadian’ itu berlaku selepas mereka diberi susu mengandungi minoxidil iaitu bahan untuk merawat keguguran rambut.

Susu terbabit dikatakan turut mengandungi omeprazole yang biasanya digunakan untuk merawat masalah penghadaman.

Ia menyebabkan Agensi Perubatan dan Produk Kesihatan Sepanyol mengarahkan beberapa keluaran produk syarikat Farma-Química Sur SL itu ditarik semula berkuat kuasa pada 11 Julai lalu.

Pihak berkuasa menerima laporan membabitkan 13 kes sama pada bulan lalu manakala tiga lagi kes dilaporkan berlaku pada bulan ini.

Mereka kemudiannya mengambil tindakan menggantung lesen syarikat terbabit dan melarangnya daripada sebarang aktiviti pengeluaran, import serta pengedaran produk berkenaan.

Leave a Reply