Input your search keywords and press Enter.

Maut Gara-Gara Ceroboh Lebuhraya WCE

M Update, 6/9/2019 – Gara-gara kenderaan dipandu hilang kawalan, dua lelaki mati rentung manakala seorang parah, dalam kemalangan di kawasan pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), malam tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, kereta jenis Audi A6, 2.0 (T) Hybrid yang dipandu mangsa berumur 28 tahun, menceroboh kawasan pembinaan WCE di Seksyen 10 Beruas. Katanya semasa kejadian mangsa dan dua rakan dari arah Tol Batu 19 Ayer Tawar ke Beruas, sebelum hilang kawalan lalu melanggar tiga jentera pembinaan jalan iaitu Tyre Roller, Tandem Roller dan Milling Machine yang diletak di bahu jalan.

Akibat daripada itu, pemandu dan seorang penumpang hadapan berumur 23 tahun terperangkap, dalam kereta dan mati rentung di lokasi. Sementara itu, seorang penumpang belakang berusia 30 tahun cedera parah pada bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Pantai Seri Manjung,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Muhammad Hanif bedah siasat ke atas kedua-dua mayat akan dijalankan pada pukul 3 petang ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply