Input your search keywords and press Enter.

Russia Berminat Tubuh Universiti Aeroangkasa Di Malaysia

M Update, 6/9/2019 – Russia menujukkan minat untuk menubuhkan sebuah universiti aeroangkasa di Malaysia.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia kini menjadi hab pendidikan di rantau Asia Tenggara dan Russia dialu-alukan untuk melabur dalam sektor pendidikan negara.

“Kita amat berminat dalam bidang kejuruteraan dan aeroangkasa. Saya yakin cadangan penubuhan universiti aeroangkasa oleh Russia bukan sahaja akan meningkatkan pelaburan, malah menggalakkan pemindahan teknologi dalam bidang berkenaan.

Saya percaya kita juga boleh menimba pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki Russia dalam bidang itu,”.

Malaysia ketika ini mempunyai lebih 150,000 pelajar asing yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang. Dr Mahathir berkata, wilayah Vladivostok yang pertama kali dilawatinya mempunyai potensi untuk untuk menarik pelaburan Malaysia khususnya dalam bidang pelancongan. EEF diilhamkan oleh Putin pada 2015 untuk membangunkan Timur Jauh Russia yang ketinggalan sebelum ini.

Perdana Menteri juga memberitahu Malaysia yang terletak di tengah-tengah laluan Asia juga sesuai untuk pelabur Russia meneroka Asia Tenggara. Terdahulu, di luar EEF, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dua hala dengan Putin dan Modi secara berasingan. Dalam pertemuan dengan Putin, kedua-dua pemimpin bersetuju meneroka peluang pelaburan di kedua-dua negara.

Putin bersetuju berkongsi pengalaman dan pengetahuan negaranya dalam bidang kejuruteraan, perkapalan dan teknologi aeroangkasa. Dr Mahathir pula berkata, Malaysia berminat untuk mendapatkan akses teknologi Russia, termasuk industri angkasa lepas. Putin pula dalam kenyataan balasnya menyifatkan Malaysia sebagai rakan utama Russia di Asia.

Dalam pertemuan dengan Modi, difaham kedua-dua pemimpin menyentuh pelbagai isu bilateral, termasuk mengenai pendakwah bebas, Dr Zakir Naik, namun tiada butiran diperoleh media. Zakir Naik berhadapan tuduhan mengikut pengubahan wang haram di negara asalnya. Malaysia sebelum ini memutuskan Zakir Naik yang memiliki taraf pemastautin tetap di Malaysia tidak dihantar ke India berikutan ada ancaman bunuh. – BH Online

Leave a Reply