Input your search keywords and press Enter.

Dr M : Malaysia Sebagai Bandar Pintar Dalam RMKe-12

M Update, 23/9/2019 – Kepentingan ke arah menjadikan Malaysia sebagai bandar pintar antara perkara yang menjadi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata gambaran bagi bandar pintar itu adalah diintegrasikan dengan teknologi mampan dalam perkhidmatan bandar, yang akan menambah baik keselamatan awam dan kualiti hidup rakyat negara ini. Antaranya, kata beliau termasuk sambungan 5G, komuniti tanpa tunai, pengangkutan awam yang efisyen, penghantaran dron, bangunan cekap tenaga, rawatan air dan pengurusan sampah pintar.

Perdana Menteri berkata, seperti yang diketahui umum, isu pengangkutan awam adalah antara perkara yang diberi perhatian oleh rakyat dan ia perlu ditangani dengan baik. Matlamat saya adalah untuk menyelesaikan isu ini dengan melaksanakan inisiatif Bandar Pintar.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, di peringkat nasional, isu utama ketika ini adalah terlalu banyak pemain bandar pintar yang bekerja secara sendiri (silo), sekali gus menghalang pembangunan bandar pintar secara keseluruhannya. Justeru, dalam konteks ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah menyediakan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia.

Rangka kerja yang komprehensif ini mengandungi kesemua tiga peringkat kerajaan dan pembabitan sektor swasta untuk menyelaraskan pembangunan bandar pintar di Malaysia. Ini juga bagi memastikan panduan dan keputusan kerajaan yang lebih jelas, yang mengambil kira pandangan daripada semua pihak berkepentingan,” katanya.

“Kita boleh menggunakan penyelesaian bandar digital untuk membangunkan sistem mobiliti yang berfungsi, berdaya tahan dan efisien tetapi kita mesti ingat yang matlamatnya masih mengenai kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Kerajaan memberi sokongan penuh dalam meletakkan asas bagi membina bandar pintar seperti yang dilihat Program Kembara Digital Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini, di mana rakyat boleh menikmati sambungan digital yang berkualiti tinggi dan mampu milik. Dengan memanfaatkan Rancangan Fiber dan Sambungan Kebangsaan, saya bercita-cita untuk melihat Bandar Pintar berkembang dengan efisien sebagai Wilayah Pintar,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply