Input your search keywords and press Enter.

Tiket Bas Tidak Mencukupi

M Update, 22/1/2019 – Perayaan Tahun Baru Cina sudah semakin dekat. Kebanyakan sudah merancang percutian dan mengambil peluang untuk balik ke kampung halaman. Seperti biasa bas antara pengangkutan awam yang menjadi tumpuan.

Sejak kaunter tiket bas di Terminal Bersepadu Selatan dibuka untuk jualan menyambut perayaan Tahun Baru Cina (TBC) pada penghujung Disember lalu, tiket perjalanan ke pantai timur sudah habis dijual. Tiket pada 31 Januari hingga 3 Februari sudah habis membabitkan perjalanan ke Kelantan, Terengganu dan Perak.

Sebanyak 70 kaunter tetap di TBS dibuka 24 jam dan menjelang perayaan 5 lagi kaunter tambahan dibuka iaitu dari 7 pagi hingga 11 malam untuk kemudahan orang ramai.

Bila musim perayaan ni macam biasa ada sesetengah pengusaha bas yang sengaja menaikkan harga tiket kerana permintaan yang tinggi. Kadangkala ada yang jual terlampau mahal sehingga tak masuk akal. Para pengguna boleh la buat aduan terus kepada pihak yang berkaitan.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply