Input your search keywords and press Enter.

Jumlah Korban Gempa Bumi Di Maluku Meningkat 23

M Update, 27/09/2019 –  Jumlah korban gempa bumi kuat yang menggegarkan Maluku semalam kini mencecah 23, kata agensi bencana Indonesia hari ini, ketika lebih 15,000 dipindahkan ke pusat perlindungan.

Penduduk yang ketakutan berlari ke jalan raya apabila gempa bumi 6.5 magnitud menyebabkan bangunan dan tanah runtuh.

Antara yang disahkan terbunuh ialah seorang bayi, dengan ramai yang maut ditimpa runtuhan serpihan bangunan di bandar Ambon dan kawasan sekitarnya.

“Bilangan yang meninggal dunia adalah 23,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Agus Wibowo, dalam kenyataan.

Lebih 100 lagi cedera dan sekurang-kurangnya 15,000 terpaksa berpindah kerana rumah mereka rosak disebabkan gegaran kuat.

Ratusan rumah, pejabat, sekolah dan kemudahan awam juga rosak dalam bencana itu.

Pihak berkuasa mendirikan khemah kecemasan dan dapur awam untuk penduduk di beberapa daerah.

Leave a Reply