Input your search keywords and press Enter.

#PRNSarawak – Pengundian Awal Bermula Seawal Jam 8.00 Pagi

M Update, 14/12/2021 – Pengundian awal bagi PRN Sarawak bermula hari ini seawal jam 8.00 pagi. Ia melibatkan 23,043 pengundi terdiri daripada 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 10,458 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) juga pasangan.

Pengundian awal ini melibatkan 69 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Pusat mengundi awal terdiri daripada dewan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Daerah (IPD), rumah-rumah persatuan keluarga polis, pusat-pusat sumber, bilik rekreasi, bilik mesyuarat dan juga sekolah-sekolah.