Input your search keywords and press Enter.

Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

M Update, 10/10/2019 – Jenazah kanak-kanak perempuan ditemui terapung, dipercayai terjatuh dalam lubang kumbahan rumah di Batu 5, Jalan Gambang di sini. Jenazah Nurarisha Abdullah, 5, ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira jam 9.05 malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan, berkata seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Indera Mahkota dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mayat mangsa kira-kira jam 9.30 malam.

Anggota yang tiba di lokasi kejadian menemui mangsa dalam keadaan terapung dan usaha mengeluarkan mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan tali,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Difahamkan, mangsa bersama sekumpulan kanak-kanak bermain di kawasan sebuah rumah yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumah mangsa petang semalam. Bagaimanapun, mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam lubang yang pada asalnya dikatakan tertutup.

Ibu mangsa yang dikenali sebagai Helmi Nordin, 39, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu tidak pulang ke rumah selepas bermain, sebelum dia dimaklumkan mengenai kejadian itu. Namun, ketika ditemui di tempat kejadian, dia yang masih terkejut enggan ditemu bual. Kelmarin, mayat Mohammad Anas Hadif Ahmad Hafiz, 3, ditemui dalam lubang kumbahan di kawasan kuarters Balai Polis Pasir Puteh di Ipoh, dipercayai terjatuh. – BH Online

Leave a Reply