Input your search keywords and press Enter.

Serangan Meriam Udara Kepada Puak Kurdish

M Update, 11/10/2019 –  Puluhan ribu orang awam meninggalkan kediaman mereka di sempadan Syria bagi mengelak serangan meriam dari udara yang dilancarkan Turki ke kedudukan puak Kurdish.

Turki melancarkan serangan darat dan udara besar-besaran di bandar Kurdish di sempadan Syria selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengundurkan tenteranya di rantau itu.

Bagaimanapun, Trump semalam meminta diplomat untuk mencari jalan satu gencatan senjata antara Turki dan puak Kurdish.

Orang awam mula meninggalkan kediaman mereka semalam dengan menaiki kenderaan dan ada yang berjalan kaki sambil membawa barangan penting.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menganggarkan 70,000 orang awam menjadi pelarian sejak Turki melancarkan operasi berkenaan.

“Kami menuju ke kawasan kampung kerana bimbang dengan pengeboman dan pertempuran yang semakin meningkat,” kata Rizan Mohammad, 33, yang melarikan diri dari bandar Qamishli bersama keluarganya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *