Input your search keywords and press Enter.

Letupan Bom Tepi Jalan Di Afghanistan Ragut Lapan Nyawa

Salah seorang mangsa yang masih menerima rawatan di Hospital Baghlan. – AP/Mehrab Ibrahimi

M Update, 05/11/2019 -Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam letupan bom tepi jalan yang berlaku di utara wilayah Baghlan pada Isnin.

Ketua Hospital Baghlan, Mohammad Anwar Wardak mengesahkan kematian lapan orang awam manakala enam orang lagi masih menerima rawatan di hospital susulan mengalami kecederaan.

Seorang jurucakap polis tempatan berkata wanita dan kanak-kanak antara yang tercedera dalam serangan pada Isnin yang berlaku di luar ibu kota wilayah Baghlan, Puli Khumri iaitu di kawasan Dand Shabuddin.

Tiada kumpulan militan yang mengaku tanggungjawab atas serangan berkenaan.Bagaimanapun, kawasan yang diserang itu berada di bawah kawalan Taliban.

Kumpulan Taliban mempunyai pengaruh yang kuat di wilayah tersebut dan menjadikan pasukan keselamatan Afghanistan di dalam dan juga sekitar Puli Khumri sebagai sasaran. Pada September lalu, pemberontak Taliban menyerang Puli Khumri dan menyekat lebuh raya utama yang menuju ke Kabul untuk lebih daripada seminggu.

Buat setakat ini, Taliban menguasai separuh daripada Afghanistan.

Leave a Reply