Input your search keywords and press Enter.

Pelancong Maut Ketika Bergambar

Paukan keselamatan mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana keadaan air terjun yang licin dan curam. AFP

M Update, 15/11/2019 – Seorang pelancong Perancis maut selepas terjatuh dari air terjun ketika cuba mengambil swafoto dalam kejadian di pulau Koh Samui, Thailand semalam. 

Polis dalam kenyataan hari ini berkata, mangsa lelaki berusia 33 tahun terjatuh dari air terjun Na Mueang 2 pada tengahari. 

Seorang pelancong Sepanyol maut akibat terjatuh di lokasi sama pada Julai lalu. 

Jurucakap polis Leftenan Phuvadol Viriyavarangkul berkata, pasukan keselamatan mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana keadaan air terjun yang lincin dan curam. 

Menurut Viriyavarangkul, air terjun itu sudah dipasangkan halangan dan terdapat tanda amaran bahaya diletakkan di lokasi. 

“Rakan mangsa memberitahu dia cuba mengambil swafoto sebelum tergelincir dan terjatuh ke bawah,” katanya.

Leave a Reply