Input your search keywords and press Enter.

Untung Bersih Gas Malaysia Cecah RM46.48 Juta

Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) mencatat keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM46.48 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2019 daripada RM41.42 juta tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan turut menokok sebanyak RM0.2 bilion iaitu daripada RM1.56 bilion kepada RM1.76 bilion. Selain itu, ia didorong pertambahan jumlah jualan gas asli dan kenaikan cukai, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama, keuntungan bersih kumpulan Gas Malaysia meningkat 7.22 peratus kepada RM138.8 juta daripada RM129.46 juta tempoh sama 2018 manakala perolehan menokok 15.9 peratus kepada RM5.21 bilion daripada RM4.49 bilion, sebelum ini.

Bagi kemajuan masa depan, kumpulan itu berkata peningkatan jumlah jualan gas asli dan bilangan pelanggan dijangka dapat membantu mengekalkan prestasi tahun kewangan 2019.

“Keuntungan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disemebr 2019 juga dijangka seiring paras yang memaparkan mekanisme kerangka penetapan cukai,” katanya.

Leave a Reply