Input your search keywords and press Enter.

Lelaki Warga Asing Mengamuk Mahu Bakar Stesen Minyak

M Update, 23/5/2019 – Pelanggan sebuah stesen minyak di Chukai di sini gempar selepas seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah mengamuk dan mengugut mahu membakar premis tersebut malam tadi.

Kejadian pada pukul 9.30 malam itu dipercayai berpunca selepas elaki warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia dalam lingkungan 30-an itu berang tidak menerima teguran pelanggan lain kerana mahu menyalakan rokok di kawasan stesen minyak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek yang bekerja di sebuah pasar raya berdekatan mengamuk selama hampir setengah jam sebelum berjaya ditangkap sekumpulan beberapa pelanggan lain. Kejadian berpunca selepas lelaki asing itu ditegur ketika mahu menyalakan sebatang rokok di kawasan stesen minyak tersebut.

Dia naik berang dan bertindak agresif mahu menghayunkan satu hos pam minyak untuk memukul orang ramai yang berhampiran dengannya. Mohd. Said berkata, suspek kemudiannya mengancam mahu membakar stesen minyak berkenaan sehingga mencetuskan kegemparan dengan sebahagian besar pelanggan panik melarikan diri. – K! ONLINE

Leave a Reply