Input your search keywords and press Enter.

Polis Cari Pemandu Lori Gilis Kanak-Kanak

M Update, 12/12/2019 – Polis meminta orang ramai untuk membantu mengesan pemandu lori yang disyaki terbabit dalam kemalangan langgar lari yang mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki maut akibat digilis di Napoh kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kemalangan itu dari pemandu lori terbabit.

“Setakat ini kita sudah mengambil keterangan ibu saudara mangsa yang untuk siasatan lanjut.

“Saya berharap orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi talian 04-9172222 Sambungan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu,” katanya ketika ditemui di Ibu IPD Kubang Pasu, di sini, hari ini.

Luluh hati seorang wanita apabila melihat anak saudara lelakinya digilis lori dalam kemalangan di Kilometer 17.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Napoh.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Worawut Sangtang, 6, maut di lokasi kejadian selepas terjatuh dari motosikal yang bergesel dengan lori berkenaan.

Ibu saudara mangsa, Suchada Sangtang, 29, berkata kejadian berlaku ketika dia dan arwah dalam perjalanan menghantar kuih dan nasi lemak kepada ibu bapanya di kebun getah berdekatan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply