Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan Individu Dalam Tahanan Mesti Terjamin

M Update, 20/12/2019 – Setiap individu yang berada di bawah jagaan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang perlu dijamin keselamatan mereka – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

“Terdapat keperluan untuk akauntabiliti dan setiap orang dalam jagaan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang mesti dijamin keselamatan mereka,”

Kerajaan akan meneruskan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) yang bakal mempunyai kuasa untuk menyiasat selain memastikan terdapat akauntabiliti.

“IPCMC bukan sahaja memastikan akauntabiliti polis, tetapi sebagai sebahagian daripada mandat berkanun yang juga bertindak ke atas isu kebajikan polis dan menjaga kepentingan pasukan polis,” katanya.

Kerajaan akan mengadakan semula sesi libat urus bersama kesemua pihak berkepentingan termasuk Polis Diraja Malaysia dan masyarakat dalam usaha menyempurnakan Rang Undang-Undang (RUU) IPCMC.

Sumber : Bernama

Leave a Reply