Input your search keywords and press Enter.

Pemuzik Lok-U Meninggal Dunia

M Update, 22/1/2020 Pengarah muzik ternama tanah air, Faizal Uzir atau lebih terkenal dengan panggilan Lok-U meninggal dunia sekitar jam 10 pagi tadi.

Menerusi laporan Astro Awani, Allahyarham Lok-U yang berusia sekitar 40-an difahamkan sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil, di sini sebaik pulang dari berjoging. Jenazah Allahyarham Lok-U kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang semula ke kediamannya bagi memberi peluang kepada keluarga dan rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarham Lok-u meninggalkan isteri, Jamariah Yusof serta empat orang anak iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia. Sehingga jam 11.45 pagi tadi, berita pemergian mengejut Allahyarham Lok-U mula dikongsi oleh penggiat muzik tanah air.

Lok-U merupakan antara pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan Allahyarham sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen. – SH Online

Leave a Reply