Input your search keywords and press Enter.

Plastik Bungkus Makanan Selamat

M Update, 15/11/2019 – Kementerian Kesihatan mengesahkan kebanyakan makanan yang menggunakan bungkusan atau bekas plastik, bebas daripada bahan kimia phthalate.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sejak 2017, mendapati tiada bahan kimia itu pada 130 sampel makanan yang diperiksa.

BKKM turut memantau beberapa bahan plastik sejak 2002 dan mengesahkan tahap pencemaran phthalates daripada plastik kepada makanan, tidak membahayakan kesihatan.

BKKM menjalankan pemantauan sejak 2002 ke atas keselamatan bahan plastik, termasuk pelbagai jenis pembungkus plastik, tin minuman aluminium, botol susu, puting kanak-kanak, pembungkus gula-gula dan makanan ringan serta mainan kanak-kanak.

Hasil pemantauan menunjukkan pencemaran phthalates daripada plastik kepada makanan adalah pada tahap yang tidak membahayakan kesihatan.

Pemantauan yang dijalankan sejak 2017 ke atas 130 sampel makanan juga mendapati tiada bahan kimia phthalate di dalam sampel makanan berkenaan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply