Input your search keywords and press Enter.

Tahniah! Jijoe Kembali Ke Takhta No 1 Dunia

M Update, 23/1/2020 – Pelumba basikal elit negara, Azizulhasni Awang mendapat tonik berharga menjelang temasya Olimpik Tokyo apabila kini menghuni ranking pertama dunia dalam acara keirin dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI), semalam.

Juara dunia 2017 itu mengumpul 2,560 mata mengatasi pemenang pingat perak Kejohanan Dunia di Poland tahun lalu, Yudai Naitta dari Jepun yang mengumpul 2551 mata. Manakala Sebastien Vigier dari Perancis ketiga, 2,347.5 mata.

Ia adalah kejayaan ketiga buat pelumba berusia 32 tahun itu menghuni ranking pertama dunia yang kali pertama diraihnya pada 2010 dan 2016. Pastinya kejayaan itu memberi suntikan moral buat Azizul yang dalam usahanya menjadi pelumba pertama merangkul emas di temasya Olimpik Tokyo 2020.

“Kejayaan ini memberi suntikan semangat buat saya untuk terus mengekalkan momentum kayuhan menjelang Olimpik nanti.

“Saya gembira kerana mendapat pengiktirafan ini dan ia adalah hasil kerja keras saya dalam latihan dan pertandingan. Saya akan cuba sedaya mungkin untuk mengekalkan kedudukan ini dan sentiasa akan berusaha memberi yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi atlet negara Mohd Shah Firdaus Sahrom menghuni ranking ke-32 dengan 1,237 mata. – HM Online

Leave a Reply