Input your search keywords and press Enter.

Pemangku Raja Pahang Titah Adakan Solat Hajat

M Update, 27/2/2020 – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini menitahkan seluruh rakyat negeri Pahang melakukan munajat doa dan solat sunat hajat berikutan keadaan semasa politik negara.

“Dengan ini memohon sekalian umat Islam di Negeri Pahang khasnya, mendoakan ke atas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sekalian raja-raja Melayu agar diberikan pembukaan dan kebijaksanaan daripada Allah SWT untuk membuat keputusan yang terbaik demi agama dan rakyat di tanah air yang kita cintai.

“Mudah-mudahan Ke Bawah Duli-Duli Tuanku sentiasa berada di bawah perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT dengan rahmat dan kasih SayangNya. Ameen Ya Robbal ‘Aalamin,” titah baginda menerusi laman Instagram rasmi baginda.

Baginda turut bertitah bersempena kelebihan di bulan Rejab ini iaitu bulan yang disabdakan oleh Nabi SAW, adalah bulan Allah SWT, bulan yang di dalamnya penuh dengan rahmat kasih sayang dan keampunan dari Robbul Jalil.

“Istimewanya lagi pada malam Jumaat ini, penghulu bagi segala hari, hari yang harap dimakbulkan oleh Allah SWT dari doa sekalian hamba-hambaNya,” titah baginda.

Sumber : HM Online

Leave a Reply