Input your search keywords and press Enter.

Sijil Vaksin Terbang RM500?

M Update, 17/01/2022 – Mengenakan bayaran sehingga RM500 bagi setiap sijil digital vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan. Itu antara kegiatan yang dikesan sebuah poliklinik swasta yang dipercayai menjalankan aktiviti mengeluarkan sijil digital vaksinasi secara tidak sah sejak beberapa bulan lalu. Kegiatan klinik swasta ini berjaya dikesan pihak polis lalu menjalankan serbuan ke atas poliklinik berkenaan pada Jumaat lalu.

Apa yang dikesalkan ialah klinik ini menerima vaksin dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), namun vaksin akan dikeluarkan dan mereka akan memulangkan botol yang kosong kepada pihak KKM. Kegiatan yang didalangi individu warga tempatan termasuk seorang pengamal perubatan itu turut dikesan memfokuskan pelanggan yang terdiri daripada golongan anti vaksin.

Hasil penelitian di dalam komputer riba yang dirampas juga mendapati terdapat 5,601 pesakit yang telah didaftarkan sebagai penerima vaksinasi ke dalam sistem MySejahtera. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jumlah yang didaftarkan tanpa menerima suntikan. Modus operandi yang digunakan dalam kes ini ialah dengan cara mendapatkan pelanggan melalui sebaran ‘WhatsApp’ dan juga kenalan terdekat.

Seramai tujuh individu berumur antara 20 hingga 35 tahun yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita telah ditahan dalam serbuan berkenaan. Mereka yang ditahan termasuk pemilik, pekerja dan ‘runner’ poliklinik swasta tersebut. Pihak polis melakukan serbuan setelah menerima laporan berkaitan satu pesanan ringkas yang tular melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan khidmat mendapatkan pendaftaran vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera. – Datuk Arjunaidi Mohamed