Input your search keywords and press Enter.

Wanita Pengsan Bukan Sebab Covid-19

M Update, 18/3/2020 – Peniaga dan pengunjung di Pasar Awam Sungai Besar gempar apabila seorang wanita pengsan di dalam premis itu, semalam.

Difahamkan, kejadian itu tular di media sosial di mana gambar petugas kecemasan memakai penutup hidung dan mulut mengusung mangsa sambil disaksikan orang awam. Seorang pengguna Facebook yang mendakwa anak kepada wanita itu memaklumkan kejadian itu tidak ada kaitan dengan penularan wabak Covid-19.

“Emak saya bukan suspek Covid-19, sebaliknya pengsan disebabkan tekanan darah rendah dan kurang gula dalam badan,” katanya menerusi komen di media sosial.

Menurutnya, mangsa mendapatkan rawatan dan semakin pulih serta stabil.

“Terima kasih atas doa semua. Semoga kita semua dilindungi ALLAH,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Kejadian membabitkan seorang wanita jatuh pengsan disebabkan tekanan darah rendah di pasar awam berkenaan,” katanya.

Leave a Reply