Input your search keywords and press Enter.

Tiada Pesakit Covid-19 Lari Hospital Di Sabah

M Update, 20/3/2020 – Kesihatan Negeri Sabah menafikan khabar tular berkaitan dua pesakit positif koronavirus baharu (Covid-19) melarikan diri daripada Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu, malam tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, mesej tular berkenaan tidak benar dan tiada laporan diterima berkaitan kejadian seumpama itu di hospital terbabit.

“Kita juga menyangkal satu lagi dakwaan mesej tular mengenai amaran zon merah membabitkan beberapa daerah dan pasar ikan di Sabah, ia tidak benar.

“Orang awam dinasihatkan tidak panik, selain jangan sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian Covid-19 malahan dapatkan sumber maklumat daripada saluran yang sah,” katanya menerusi kenyataan media, malam tadi.

Christina berkata, sebanyak 112 kes positif Covid-19 direkodkan di Sabah setakat semalam, namun tiada sebarang kematian dilaporkan akibat wabak itu. Dalam pada itu, Christina berkata, pihaknya turut mengingatkan orang awam supaya tetap mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

“Minum air secukupnya bagi memastikan hidrasi yang baik. “Elak dari bersalaman atau bersentuhan jika bergejala seperti demam, batuk dan sesak nafas. “Selain itu, segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan,” katanya.

Sumber : HM Online

Leave a Reply