Input your search keywords and press Enter.

Jenazah Mangsa Ke-20 Selamat Dikebumi

M Update, 26/3/2020 – Lelaki yang ke-20 meninggal dunia akibat Covid-19, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Manok, Pasir Puteh, 11 malam tadi.

Jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan berkenaan jam 9 malam dengan diiringi petugas kesihatan yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE). Pengebumian Yunus Udin, 76, dikendalikan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibantu Unit Unit Bahan Berbahaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Bharu dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kawasan tanah perkuburan itu dikawal rapi bagi memastikan orang ramai tidak menghampiri kawasan berkenaan sehingga proses pengebumian selesai Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-20 akibat Covid-19, membabitkan seorang lelaki berusia 76 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek, Seri Petaling.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada 18 Mac lalu sebelum disahkan meninggal dunia jam 4.35 petang semalam. Kes berkenaan menjadikan kematian kedua di Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *