Input your search keywords and press Enter.

KKM Kesan Kluster Baharu Di Sendayan

M Update, 15/4/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baharu penularan COVID-19 di Sendayan, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, sehingga kini, sebanyak 39 kes positif dikesan di kawasan berkenaan.

“Ada penularan COVID-19 di Sendayan. Tindakan bersepadu telah dan sedang dilaksanakan pihak kami di lapangan bagi membendung penularan COVID-19 di Sendayan. Setakat ini ada 39 kes positif membabitkan 13 pelajar tahfiz, 15 ahli lembaga pengarah sebuah syarikat dan sebuah keluarga membabitkan 11 individu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, setakat ini sebanyak 28 kluster penularan virus itu dikesan di negara ini dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling adalah yang terbesar.

“Selain kluster perhimpunan di Seri Petaling, kluster yang lain disifatkan masih kecil,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply