Input your search keywords and press Enter.

Sengaja Tanggal Gelang Kuarantin Suami Isteri Ditahan

M Update, 1/10/2020 – Pasangan suami isteri warga asing yang sengaja menanggalkan gelang tangan Covid-19 ditahan kerana ingkar perintah kuarantin di rumah, semalam. Pasangan berusia lingkungan 50 tahun itu ditahan polis selepas aduan daripada Jabatan Imigresen Labuan.

Pasangan terbabit masuk ke Labuan melalui pintu masuk di Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada 27 September lalu dan diarah menjalani kuarantin pada hari yang sama sehingga 10 Oktober.

Bagaimanapun, mereka ke Pejabat Jabatan Imigresen Ujana Kewangan Labuan untuk tujuan permohonan lanjut dokumen IMM13 serta didapati dengan sengaja menganggalkan gelang tangan kuarantin tanpa kebenaran daripada Jabatan Kesihatan Labuan. Kedua-dua mereka ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini bagi permohonan reman tempoh lima hari untuk siasatan lanjut.