Input your search keywords and press Enter.

Lewandowski Pemain Dan Penyerang Terbaik UEFA 2020

M Update, 2/10/2020 – Robert Lewandowksi dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dengan Bayern Munich mendominasi anugerah bagi kategori pemain lelaki.

Penyerang berusia 32 tahun itu meledak 55 gol dalam 47 perlawanan termasuk 15 gol dalam 10 perlawanan Liga Juara-Juara selain turut dinamakan sebagai Penyerang Terbaik.

Lewandowksi menyatakan ucapan berterima kasih kepada rakan sepasukan dan jurulatih yang banyak membantunya sehingga ke tahap ini serta tak lupa juga kepada keluarga yang memberi sokongan padu.

“Satu perasaan yang sangat hebat kerana anda bekerja keras, jadi trofi ini sangat istimewa,” kata Robert Lewandowski selepas dipilih Pemain Lelaki Terbaik Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) susulan prestasi cemerlang ketika membantu Bayern Munich menjuarai ‘treble’ musim lalu.

Lewandowski menerima anugerah di Geneva ketika sesi undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara semalam, beberapa minggu selepas Bayern menjuarai edisi 2019/20.