Input your search keywords and press Enter.

Waktu Persidangan Dewan Rakyat Dipendekkan Sehingga 2 petang

M Update, 5/11/2020 – Persidangan Dewan Rakyat akan bermula pada jam 10 pagi hingga 2 petang bermula Isnin ini hingga 15 Disember depan.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Penyelarasan Urusan Dewan Rakyat berikutan penularan wabak COVID-19 semalam yang turut dihadiri Ketua Whip parti. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) serta syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun

Selain itu, hanya 80 Ahli Parlimen – 41 penyokong kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas – dibenar berada dalam Dewan Rakyat pada satu-satu masa.

Perbahasan di peringkat Dasar Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 ditetapkan selama lapan hari iaitu pada 9, 10, 11, 12, 16, 17, 18 dan 19 November ini. Jawapan menteri di peringkat Dasar kekal selama tiga hari iaitu pada 23, 24 dan 25 November ini. Perbahasan di peringkat Jawatankuasa pula adalah selama 11 hari.

Jumlah hari persidangan mesyuarat ketiga ini boleh ditambah sebanyak dua hari iaitu pada 16 dan 17 Disember jika diperlukan,” katanya menerusi pemasyhuran yang dibacakan timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon di Dewan Rakyat hari ini.