Input your search keywords and press Enter.

LIMA ’25 Berlangsung Pada 20-24 Mei 2025

M Update, 29/04/2024 – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25) dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei tahun depan dengan membawa tema ‘Innovate Today, Thrive Tomorrow’.

LIMA adalah acara yang dinanti-nantikan oleh pemain-pemain tempatan dan antarabangsa dalam industri aeroangkasa serta maritim.

LIMA edisi ke-17 anjuran Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) itu mendapat sambutan awal yang menggalakkan daripada pemain-pemain industri pertahanan, terutama syarikat dari dalam dan luar negara.

LIMA ’25 kalini akan mengetengahkan beberapa segmen baharu seperti pembabitan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pameran ini, serta penambahan ruang pameran dan teknologi hijau.

Bagi memastikan kejayaan penganjuran LIMA ’25, penganjur bersama iaitu GEC, telah menjalinkan kolaborasi strategik dengan Arabian World Events, QUBE Integrated Malaysia Sdn Bhd, SHP Media Sdn Bhd, Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA) dan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MiGHT).