Input your search keywords and press Enter.

Muhyiddin Terima Sokongan Terbesar Sebagai PM Pilihan Rakyat – EMIR Research

M Update, 17/11/2020 – Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sokongan tertinggi rakyat sebagai perdana menteri pilihan, menurut laporan EMIR Research. Sokongan diperoleh bukan hanya dari kalangan orang Melayu dan Bumiputera, tetapi juga kaum Cina dan India.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di kedudukan kedua iaitu dengan 10 peratus sokongan manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim di kedudukan ketiga, lapan peratus.

Ia disusuli Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (6 peratus) dan Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (3 peratus).

Yang turut tersenarai dalam tinjauan itu adalah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang memperoleh sokongan tiga peratus, Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (2 peratus) serta bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (1 peratus).

Malah, Muhyiddin turut menerima sokongan yang tinggi di semua negeri, kecuali di Pulau Pinang, dimana Dr Mahathir menerima sokongan terbesar.

Selain itu, kajian tersebut turut menunjukkan sokongan daripada kaum Cina dan India terhadap Muhyiddin agak kukuh, iaitu masing-masing 50 peratus dan 49 peratus.Sokongan kedua tertinggi melibatkan dua kumpulan kaum ini adalah kepada Anwar.Corak sama turut ditunjukkan dalam kalangan pelbagai kumpulan demografi. Muhyiddin menerima sokongan tinggi daripada responden urban (68 peratus).

Dari segi gender, kumpulan responden wanita juga menunjukkan sokongan kuat kepada Muhyiddin dengan 73 peratus.

Dari segi usia, beliau mendapat lebih banyak sokongan dari kalangan orang muda. Beliau juga mendapat sokongan lebih besar dari kalangan orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak,” menurut laporan tinjauan itu.

Kajian EMIR Research ini dilakukan pada Ogos lalu dengan pelbagai metodologi kajian dilaksanakan melibatkan 2,096 responden.

Sumber: Astro Awani