Input your search keywords and press Enter.

Hajiji Penerima Pertama Vaksin COVID-19 Di Sabah

M Update, 23/2/2021 – Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, dijangka menjadi individu pertama di Sabah diberikan suntikan vaksin COVID-19 selepas pelancaran program Vaksinasi COVID-19 peringkat negeri Sabah yang dijadualkan pada 4 Mac ini.

Ketua Menteri dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 selepas perasmian Vaksinasi COVID -19 peringkat Sabah yang dirancang 4 Mac ini.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata walaupun belum ada keputusan rasmi berhubung perkara itu, sudah menjadi kebiasaan sesuatu yang baharu itu akan didahului oleh ketua kerajaan.

Katanya, kumpulan pertama vaksin untuk fasa pertama program vaksinasi negeri ini akan tiba pada 25 Februari ini sebelum disusuli dua lagi kumpulan vaksin akan dihantar kemudian.