Input your search keywords and press Enter.

Ibu Mengandung Masih Belum Boleh Terima Vaksin COVID-19 – Dr Adham

M Update, 23/2/2021 – Golongan ibu mengandung setakat ini tidak digalakkan menerima vaksin COVID-19 kerana data yang diperolehi berhubung faktor keberkesanan dan keselamatan daripada pengeluar belum diperoleh.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihaknya sedia maklum Pfizer telah memulakan ujian klinikal untuk kategori masyarakat berkenaan.

Jelas beliau lagi, Kementerian akan terus mengguna pakai garis panduan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 yang beliau dan Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin pengerusikan bersama, selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sumber : Astro Awani