Input your search keywords and press Enter.

Mansuh Tol ?

PLUS Expressways Bhd (PLUS) akan mengkaji dan berbincang dengan Kerajaan berkaitan isu penghapusan tol. Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Shahril Ridza Ridzuan  menyatakan bahawa tiada keperluan bagi pernghapusan tol kerana pengguna mempunyai lebuhraya alternatif.

Walaupun Khazanah mempunyai pegangan sebanyak 51% di dalam PLUSmelalui anak syarikatnya iaitu UEM Group Bhd, mereka menyerahkan kepada PLUS untuk berbincang dengan pihak Kerajaan mengenai isu tersebut. Selain itu, menurut Pengarah Urusan Khazanah itu, PLUS adalah lebuhraya antara bandar yang mempunyai banyak alternatif dan pengguna tidak seharusnya menggunakan lebuhraya tersebut malah mereka bebas menggunakan lebuhraya persekutuan yang percuma. Cuma masa perjalanan akan lebih panjang.

Sehubungan itu, beliau berkata, Khazanah menanti laporan kajian penuh oleh PLUS sebelum membuat sebarang keputusan.

Leave a Reply