Input your search keywords and press Enter.

Agama

Jangan Cuba Ganggu, Campur Tangan Urusan Islam Di Negara Ini – MAPIM

M Update, 25/08/2023 – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyelar tindakan Majlis Perundingan Agama Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang menolak pengajian penghayatan hadis 40 Imam Nawawi di sekolah dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Menurut Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid pertubuhan itu tidak berhak…

Majlis Ilmu Madani Bersama Perdana Menteri Jumaat Ini

M Update, 22/05/2023 – Majlis Ilmu Madani bersama Perdana Menteri akan dianjurkan di Masjid Putra bermula 6.30 petang Jumaat ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan penganjuran majlis itu menerusi hantaran di Facebook hari ini. Majlis Ilmu Madani itu akan menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam, bekas Mufti…

Malaysia Ambil Langkah Proaktif Tangani Islamofobia

Oleh Bernama M Update, 22/05/2023 – Malaysia akan mengambil langkah proaktif untuk menangani gejala Islamofobia yang membarah di negara luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Menyingkap soal fahaman agama yang melampau, tentunya ini berpangkal pada soal pendidikan dan bagaimana masyarakat kita dididik dan diasuh. “Sering diingatkan bahawa sayugia…

Isu Kalimah Allah: Dasar Tak Berubah, Tak Perlu Riuh Rendah

M Update, 19/05/2023 – Isu penggunaan kalimah ALLAH tidak perlu dipolemikkan berikutan ia tidak melibatkan sebarang perubahan dasar sedia ada. Menurut Perdana Menteri, tiada perubahan signifikan yang akan berlaku susulan keputusan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan menarik balik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu. Beliau juga berkata,…

Penggunaan Kalimah Allah Hanya Terpakai Di Sarawak – PM

M Update, 16/05/2023 – Ahad lalu, media melaporkan KDN dan kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penganut Kristian boleh guna kalimah Allah dan tiga perkataan Arab, iaitu Baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan. Penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian…

JAKIM Sangkal Laporan 1 Syawal 1443H Tidak Sah

BERNAMA M Update, 14/04/2023 – Laporan yang menyatakan hasil cerapan 1 Syawal 1443H yang ditetapkan pada 2 Mei 2022 tidak sah dan terbatal, adalah tidak benar, menurut Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) semalam. Jakim dalam kenyataan, sebagai maklum balas terhadap laporan bertajuk “Cerapan Anak Bulan Lebih Ketat Dan Teliti” menegaskan hasil…

Bakal Jemaah Haji Perlu Muat Turun Aplikasi Saudi Visa Bio

M Update, 04/04/2023 – Tabung Haji dalam satu kenyataan memaklumkan Kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio bagi tujuan permohonan visa haji ke Arab Saudi tahun ini. Sehubungan itu, Lembaga Tabung Haji (TH) berkata semua bakal haji digesa untuk memuat turun sendiri aplikasi Saudi Visa Bio pada…

Cari Jalan Pendekkan Tempoh Bicara Di Mahkamah Syariah

M Update, 15/03/2023 – Seringkali kita mendengar apabila melibatkan isu perbicaraan mahkamah syariah ianya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Pihak berkuasa yang menjalankan undang-undang syariah perlu mencari jalan penyelesaian dalam usaha memendekkan tempoh perbicaraan membabitkan kes-kes di Mahkamah Syariah. Sekiranya kes-kes syariah berpanjangan boleh menyebabkan berlaku kezaliman kepada mereka…

Filem ‘Mentega Terbang’ Jelas Bertentangan Dengan Akidah Islam – Mohd Na’im

M Update, 03/03/2023 – Hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap kandungan filem ‘Mentega Terbang’ mendapati, terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata JAKIM akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada…