Input your search keywords and press Enter.

Guru Mogok Desak Kenaikan Gaji

M Update,15/1/2019 – Sekolah di dua daerah terbesar di Amerika Syarikat lumpuh apabila 30,000 guru mengadakan mogok untuk pertama kalinya dalam 30 tahun, menuntut kenaikan gaji. Sebanyak 480,000 pelajar terjejas disebabkan mogok itu. Beribu-ribu guru dan aktivis kesatuan memakai pakaian merah memenuhi jalan di sekitar Los Angeles dalam cuaca hujan.

Mereka menuntut dari daerah dan negeri untuk menaikkan gaji mereka sebanyak 6.5 peratus dengan segera untuk kakitangan tetap, pustakawan, jururawat dan kakitangan sokongan yang lain dan mengurangkan saiz kelas. Kesatuan juga mahu jaminan bahawa pembiayaan sekolah awam tidak akan terjejas oleh penswastaan.

The United Teachers Los Angeles (UTLA) mengatakan mereka berjumlah lebih daripada 30,000, tetapi polis LA menganggarkan terdapat hanya 20,000 di jalanan pada hari Isnin.

Mogok ini mendapat simpati dan perhatian dari ahli politik Demokrat, penulis Hollywood, Black Lives Matter, dan bahkan dari Kongres Alexandria Ocasio-Cortez (D-New York).

Gabenor Gavin Newsom kecewa dengan mogok ini dan mendesak kedua kesatuan dan sekolah di daerah membuat perjanjian.

“Mogok ini mengganggu kehidupan anak-anak dan keluara mereka” kata Newsom pada hari Isnin. “Saya menggesa semua pihak untuk kembali ke meja rundingan dan mencari penyelesaian segera bagi meletakkan anak-anak ini kembali ke bilik darjah dan berikan kepastian kepada ibu bapa mereka.”

Newsom menambah bahawa beliau telah mencadangkan belanjawan negara termasuk “pelaburan terbesar” di LAUSD, yang akan “membayar semula berbilion-bilion hutang dan pencen.”

Sumber ABCNews

Leave a Reply