Input your search keywords and press Enter.

Perkhidmatan Bas Ketika Thaipusam – Rapid KL

M Update, 16/1/2019 – Sempena sambutan Thaipusam pada Isnin akan datang, Rapid Bus Sdn Bhd menyediakan dua perkhidmatan bas khas untuk kemudahan pengguna yang meraikan perayaan itu di Batu Caves, Gombak.

Bermula 20 hingga 21 Januari, sebanyak 18 buah bas disediakan untuk laluan dari Hab Bas Pasar Seni ke Batu Caves melalui Jalan Ipoh dan Jalan Kuching dengan kekerapan 10 dan 15 minit.

Sementara dua bas lagi disediakan dari stesen LRT Gombak ke Batu Caves melalui Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dengan kekerapan masing-masing 30 minit dan 45 minit.

Waktu perkhidmatan bagi dua perkhidmatan khas ini adalah dari pukul 5 pagi hingga 12 tengah malam.

Kadar tambang sehala yang dikenakan adalah RM3 bagi laluan dari Pasar Seni dan RM2 dari Stesen LRT Gombak dengan kaedah pembayaran hanyalah secara tunai. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan RapidKL iaitu 03-78852585 atau melalui saluran media sosial RapidKL

Sumber : Bernama

Leave a Reply