Input your search keywords and press Enter.

Rancangan Membeli Kepentingan Pengeluar Solar Bernilai “RM 1.55 Bilion”

Amplus Energy Solutions Pvt Ltd merupakan antara pengeluar tenaga solar bumbung terbesar di India. Mengikut akhbar negara India, PETRONAS sedang mengadakan perbincangan bersama firma ekuiti persendirian di New York, I Squared Capital untuk membeli kepentingan itu dalam satu urus niaga yang berpotensi bernilai 2,700 crore rupee (RM1.55 bilion).

Disebabkan sektor tenaga hijau India sedang pesat berkembang, beberapa gergasi minyak dunia sedang meninjau untuk memperlbagaikan perniagaan dan melakukan pelaburan dalam ekonomi. Statoil ASA dari Norway, Total SA dari Perancis dan gergasi minyak dunia, Royal Dutch Shell Plc sebelum ini menunjukkan minat melabur dalam Amplus yang telah mengeluarkan sehingga 350 megawat kapasiti tenaga di seluruh India. Disamping itu, OAO Rosneft dari Russia, firma minyak senaraian awam terbesar di dunia juga sedang meneroka peluang dalam sektor tenaga solar India.

Dalam perniagaan tenaga boleh diperbaharui (RE), perbelanjaan terbesar adalah kos modal. Kekuatan kewangan syarikat minyak utama global akan membantu sektor tenaga bersih India Kesemua pelanggan tersebut sedang berusaha untuk mengurangkan kos tenaga dengan memanfaatkan sumber matahari.

PETRONAS telah menubuhkan sebuah perniagaan baharu untuk memasukkan segmen tenaga boleh diperbaharui (RE) dan menurut laporan Reuters, PETRONAS telah menyatakan minat untuk mempelbagaikan perniagaannya kepada segmen lain di tengah-tengah harga minyak yang rendah

Ketua Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, syarikat akan meneroka bidang perniagaan baharu termasuk tenaga baharu dan akan menilai peluang dalam tenaga solar.

Rundingan sedang diadakan bagi PETRONAS membeli kepentingan majoriti dalam Amplus.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply