Input your search keywords and press Enter.

Rabies – Tiada Kes Membabitkan Manusia

M Update, 16/1/2019 – Setakat ini tada kes positif rabies dalam kalangan manusia dilaporkan di Taiping, Perak.

Semalam, mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama (LMS), Perak diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies atau anjing gila berikutan empat sampel diambil di kawasan itu mendapati ianya positif wabak berkenaan.

Ujian telah dilakukan oleh pihak JPV selepas menerima maklumat pengadu dari Taman Sri Kota Fasa 2, Taiping, 31 Disember tahun lalu. Pengadu berkenaan melaporkan bahawa dua ahli keluarganya digigit oleh seekor anjing miliknya pada 25 Disember dan anjing itu sudah dilupuskan oleh pengadu pada 3 Januari lalu.

Pada 4 Januari lalu, sampel otak daripada anjing itu diuji dan disahkan positif terhadap penyakit rabies oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh.

Semua pihak perlu lebih berjaga-jaga dan sama membantu pihak kerajaan dalam membendung wabak Rabies ini. Patuhi amaran yang telah ditetapkan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply