Input your search keywords and press Enter.

Bawa Mayat Ibu Dengan Basikal

M Update, 20/1/2019 – India berada pada abad ke-21 sekarang ini, namun diskriminasi terhadap kasta masih tidak berubah. Itu lah sisi gelap negara India yang tercemar dengan sikap mereka yang mementingkan kasta.

Satu kejadian yang mengejutkan berlaku di daerah Odisha di Jharsuguda di mana seorang budak lelaki terpaksa membawa mayat ibunya menggunakan basikal selepas penduduk kampung yang berada dalam kasta teratas enggan membantu pengebumian wanita itu.

Menurut laporan dari kampung Karpabahal wanita itu Janaki Sinhania,45 tahun tinggal bersama dua orang anaknya Saroj dan seorang anak perempuan di kampung itu selama 10 tahun selepas kematian suaminya, meninggal dunia setelah jatuh ketika dia sedang mengambil air.

Saroj meminta bantuan dari jiran-jiran dan tiada seorang penduduk kampung yang datang dan enggan memegang mayat ibunya. Saroj kemudian meminta saudara-mara dan jiran-jiran datang bagi memberi penghormatan terakhir dan menjalankan upacara, tetapi mereka menolak.

Sumber:www.mynation.com

Leave a Reply