Input your search keywords and press Enter.

Rakyat Melaka Bakal Tersenyum

M Update, 28/1/2019 – Untung jadi rakyat Melaka, Ketua Menteri Adly Zahari bakal mengumumkan berita gembira berhubung kadar tarif air yang akan diumumkan oleh kerajaan negeri, pada Mac depan.

Semua pun tahu, kerajaan negeri Melaka sedang mempertimbang dua kaedah menangani kadar kenaikan tarif air yang dijangka berlaku tahun ini tanpa membebankan golongan keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Dua kaedah itu ialah memberikan insentif kepada kumpulan B40 dan menawarkan formula insentif kepada isi rumah yang menunjukkan penjimatan dalam menggunakan sumber air. Perkara berkenaan kini sedang dibincangkan bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Bersabarlah rakyat Melaka sama-sama kita tunggu apalah berita gembira yang bakal diumumkan oleh KM Melaka. Tak sabar rasanya..

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply