M Update, 29/1/2019 – Malaysia kekal dengan pendirian bahawa Israel adalah negara pengganas dan tidak kisah dengan keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini selepas Malaysia memutuskan untuk tidak membenarkan atlet Israel masuk ke negara ini.
Negara kita tetap dengan pendirian Israel adalah negara penjenayah. Mereka melanggar undang-undang antarabangsa jadi kita berhak untuk bersuara dan menyatakan suara hati kita.
Pembatalan IPC itu sama sekali tidak menjejaskan pembangunan sukan di negara ini. pembangunan sukan di negara ini diyakini akan terus berjalan lancar kerana pendirian Malaysia itu sudah disuarakan sejak sekian lama dan sebelum ini, Malaysia juga pernah menganjurkan pertandingan peringkat antarabangsa.
Walau apa pun yang berlaku kita tetap mengambil pendirian tegas dalam isu ini sebagai membantah pendudukan dan penindasan berterusan Israel ke atas rakyat Palestin.
Sumber : Berita Harian