Input your search keywords and press Enter.

Wira Negara Bergegas Selamatkan Kru Kapal Tenggelam

M Update, 29/1/2019 – Sebuah kapal yang didaftarkan dengan nama MV bahagia Maju dilaporkan tenggelam di lokasi lapan batu nautika dari Kuala Sungai Rajang hari ini.

Menurut kenyataan, daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim dan Menyelamat (Maritim), laporan kejadian diterima Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat (MRSC) Kuching pada jam 6.30 pagi.

Menurut maklumat awal, lapan kru kapal tersebut berjaya menyelamatkan diri menggunakan rakit keselamatan dan dapat dihubungi menggunakan telefon bimbit.

Operasi mencari dan menyelamat kemudiannya diaktifkan pada jam 7.00 pagi dan sebuah aset Maritim, KM Semilang digerakkan dengan fokus pencarian di sekitar radius lima batu nautika persegi di utara Kuala Sungai Rajang.

Sementara itu, sebuah pusat rawatan utama (PHC) telah ditubuhkan di jeti Kampung rajang dan pihak Hospital Sarikei telah dimaklumkan untuk menghantar ambulans ke lokasi.

Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis telah digerakkan ke PHC tersebut manakala komuniti nelayan Tanjung Manis dan Kuala Rajang turut dimaklumkan mengenai kejadian menggunakan komunikasi radio.

Sumber: Bernama, Sufri Yusop Shamsuddin, Rajang Update

Leave a Reply