M Update, 30/1/2019 – Kertas Putih Pertahanan (KPP) merupakan satu pelan tindakan bagi merangka dasar berkaitan pertahanan dan keselamatan negara. Ia akan dibentang di Parlimen pada Julai ini.
KPP adalah lambang aspirasi kerajaan dalam mengukuhkan pertahanan serta mewujudkan hala tuju dan keutamaan strategik bagi keselamatan negara.
Kertas Putih Pertahanan (KPP) dihasratkan untuk menjadi satu dokumen pernyataan niat & kemampuan yang menggariskan arah tuju pertahanan & keselamatan negara di masa hadapan yang akan mencerminkan komitmen Kerajaan terhadap pembaharuan kepada Dasar Pertahanan Negara. – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.