Tan Seek Teong diberi nama Islamnya Harun @ Arom dikatakan seorang pedagang dari Negeri china datang ke Melaka untuk berdagang. Malangnya kapal yang dinaiki dipukul ribut yang kuat, menyebabkan kapal yang dinaiki oleh Dato Arom karam di dalam lautan. Sewaktu di Melaka Dato Arom telah memeluk gama islam, dan beliau kemudiannya dikatakan telah berkahwin dengan Cik Zainab serta menjadi penduduk contoh, dipercayai dan dihormati. Lama kelamaan setelah menampakkan kepimpinan yang mantap, pemikiran yang bernas dan sentiasa menegakkan keadilan, beliau diamanahkan menjadi pemimpin Melayu yang disegani.
Datuk Aroom dikurniakan empat orang anak lelaki bernama Sulong, Samsudin, Puteh dan Surin. Dalam tahun 1641, setelah Portugis memerintah Melaka sejak tahun 1511, Datuk Aroom dan orang-orang nya membantu Belanda mengalahkan Portugis dan beliau telah dilantik menjadi Kapitan Melayu Melaka dan dianugerahkan tanah diSungai Putat dan Bukit Beruang [yang kemudiannya dijadikan tempat persemadian beliau dan keturunnya TETAPI dinamakan “TAPAK SEJARAH NISAN ACHEH” sahaja oleh pakar-pakar sejarah Melaka. Sumber kekayaan yang Dimiliki oleh Dato Arom dikatakan sangat banyak.
Dan tanahnya meliputi dari Bukit Berung sehingga ke Klebang. Dibawah pentabdirannya Dato Arom beliau sangat di senangi, dan sentiasa mendahulukan agama islam serta menggalakkan pembinaan rumah-rumah ibadah, telah memberi tanah untuk membina Masjid yang kemudiannya dinamakan Masjid Kampung Ulu, diperbuat daripada kayu yang dibawa dari Cina. Dan apabila siap pada tahun 1670 masjid ini digunakan dan bendera kemegahannya “Gagah Perkasa” telah dikibarkan. Beliau dan waris kadimnya, Datuk Samsudin, Datuk Budiman dan Datuk Mohamed telah memimpin serta memperjuangkan nasib orang Melayu khususnya, menggantikan peranan Istana Sultan Melaka yang telah tidak wujud lagi.
Dengan kepimpinan dan kebijaksanaan mereka,
masyarakat Melayu Melaka menikmati keamanan dan kemakmuran. Semasa Kapitan
Melayu ini menggunakan kekayaan perniagaan dan tanah anugerah untuk
mengembangkan agama Islam seperti membina masjid, surau, wakaf, madarasah dan
sekolah. Dato Arom sebetulnya boleh dianggap sebagai pelopor dalam mewujudkan
sekolah vernakular awal hampir 100 tahun sebelum Inggeris mendirikannya. Datuk
Samsudin merupakan anak kepada Dato Aro, telah dilantik sebagai Kapitan Melayu
II menggantikan ayahnya yang telah tua dan uzur. Datuk Aroom telah kembali ke
Rahmatullah meninggalkan Wasiat Terakhirnya yang sehingga kini masih belum
dapat dipastikan lagi.